Khamis, 9 Januari 2014

Mesyuarat JKPAK Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Bil 1 Tahun 2014

Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah diadakan pada jam 9.00 pagi 9 Januari 2014 di Bilik Mesyuarat Utama JPNS


Rabu, 27 November 2013

MESYUARAT LAPORAN TAHUNAN PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR KERAJAAN 2013

TARIKH : 27 NOVEMBER 2013
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA JPNS

KEPUTUSAN MESYUARAT:

1. SEMUA PPD AKAN MENYELARASKAN PENGHANTARAN LAPORAN DARI SEKOLAH DI DAERAH MASING-MASING MENGIKUT FORMAT YANG TELAH DITETAPKAN.

2. SEMUA LAPORAN PERLU DIHANTAR KE JABATAN UNTUK TUJUAN PENGGABUNGAN DATA SEBELUM ATAU PADA 10 JANUARI 2013.

3. SEMUA LAPORAN YANG DITERIMA DARIPADA SEKOLAH MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PENGETUA ATAU GURU BESAR ATAU PEGAWAI ASET SAHAJA.

4. SEKOLAH PERLU MEMBUAT PELAPORAN SEMUA ASET DAN INVENTORI DALAM KAWALAN SEKOLAH YANG MEMPUNYAI KAD.

5. SEKOLAH YANG TIDAK MENGHANTAR LAPORAN ATAU LAPORAN TIDAK LENGKAP AKAN DIMAKLUMKAN KEPADA PIHAK JABATAN UNTUK DILAPORKAN KEPADA KSU. INI ADALAH ATAS ARAHAN KSU SENDIRI.




Sabtu, 16 November 2013

KEPUTUSAN BERSAMA ATAS ISU-ISU PKK DAN KBK

ISU-ISU PKK : Isu Tapisan Keselamatan Pengawal
Pemotongan 20 % akan dikenakan kepada syarikat yabg belum selesai tapisan keselamatan pengawal kecuali dalam 3 situasi:

 1. Pegawal dalam status semakan perlulah ada bukti status semakan terkini iaitu bulan semasa.

2. Pengawal yang nama masih dalam syarikat lama yang masih belum dikeluarkan nama pengawal tersebut dan bukti semakan mestilah bulan semasa.


3. Pengawal yang baru dilantik oleh syarikat dan bukti surat lantikan perlu ditunjukkan.

 ISU KBK:

isu pekerja berstatus warga asing atau pun PR. syarikat tidak dibenar guna pekerja berstatus seperti dinyatakan dan perlu patuhi kontrak iaitu pekerja warganegara.






MESYUARAT UNIT PEROLEHAN PPD DAN JPS

Mesyuarat Unit Perolehan PPD dan JPN.
 Tarikh : 12 Nov 2013
Isu dibincangkan: Persediaan untuk SIP dn SIC serta Isu PKK dan KBK
























Sabtu, 26 Oktober 2013

GENG BURUNG HANTU:

Kenapa nama kumpulan Geng Burung Hantu?

Siapa kami?

Kami adalah PPPD Perolehan dan Aset di PPD seluruh negeri Selangor yang terdiri daripada 10 PPD iaitu :

PPD Petaling Utama, Petaling Perdana, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Kuala Selangor.

Bagaimana nama kumpulan diperoleh.....selepas program pemantauan bersepadu yang pertama dilakukan pada sebelah malam di PPD Sepang, kami telah mendapat idea untuk memberikan nama kumpulan kami Geg Burung Hatu keran membuat pemantauan pada waktu malam...Ini lah tugas kami...malam pun kena memantau... Pn Shidah...PPPD Sepang pun terus wujudkan grup dalam kumpulan Whatsapp sebagai grup Burung Hantu....ok gak nama tu....

 Antara ahli GBH....ada lagi ni


GBH laksana tuga memantau waktu malam
sebagai salam perkenalan....akan post berita-berita lain lagi